Makin lama hidup, makin macam-macam perubahan dalam hidup
yang kita kene hadapi. As for me, memula kawen dulu adalah satu fasa yang aku
boleh kata perubahan secara 360. Sebabnya semuanya jadi dalam satu masa:
1) kawen 2) Move out from hometown 3) Tidak bekerja.
1
1. Kawen
Kawen is something yang biasa tapi life
lepas kawen tu yang beza. Kalau dulu priority kau lain, bila kawen priority pun
dah bertukar. If dulu semua ikut kepala kau je, sekarang kau kene pikir kepala
orang lain jugak (level of tolerate akan jadi lagi tinggi sebab balik-balik
muka tu jugak yang kau hadap 24/7). Basically kawen is amanah + tanggungjawab.
Lain-lain aku tanak ulas panjang sebab rumah tangga aku belum cukup asam garam
jintan segala tu.
2. Move out from hometown
Actually dah almost a year aku tak really
stay in KL dengan family since aku benti keje dulu. Aku benti sebab aku nak really
focus on study. Aku buat research so travelling buat aku rasa super exhausted. Yes
2 years before aku stil gigih juggle between keje and study plus nak having a
balance life dengan berjimba and so forth (ehem!). I was a fulltime worker and fulltime
research student at that time. Until…. this one time aku decide untuk focus on
study je. So solution yang ada is benti keje.
Memang ada yang cakap aku gila la tak bersyukur la ape segala sebab orang benti
belajar sebab nak dapat keje tapi aku terbalik pulak (yang sokong of course ada
jugak). Masa tu dalam kepala otak aku lantak la orang nak cakap ape sebab if
you’re in my shoes u will understand. Lagipun bumi Allah ni luas, rezeki aku
bukan ditentukan oleh tempat aku bekerja tapi Allah. And owh! decision yang aku
buat pun bukan la drastic bebenor (or maybe drastic for some people sebab tak
penah-penah ada bunyi nak benti tup tup… tapinya tak berbunyi tak bermakna tak
berpikir). Hmmm… part backup plan lepas benti keje ni maybe aku boleh cerita
bila aku rajin nanti. Okay continue pasal pindah ni. Plannya 6 months je nak
stay in Johor untuk settlekan masters (Alhamdulillah settle). Tapi lepas tu
plan dah berubah so aku continue jadi RA kat uni sampai aku kawen. Balik KL
every 2 weeks sebab aku cepat rindu. Balik pun weekend je and sometimes balik
naik bus sebab determine giler nak settlekan study masa tu. Those yang jadi
full time worker and full time student akan paham cemana suffernye nak dapatkan
rasa determine tu. So jangan sebab hal-hal kecik boleh buat rasa determine tu terjejas. Jangan tanya apa manderem aku guna untuk dapatkan “determination”
sebab yang pasti memang Allah dah ada plan baek punya and Dia yang permudahkan
segalanya.
After kawen, aku pindah ke district lain
pulak tapi stil in Johor sebab follow nizam. Memang rasa makin jauh dengan
family tapi dah namanya kawen kan, maka nya follow je la nizam. Both of us
until now belum penah terpikir nak having long distance marriage/ weekend
couple and whatever u called it. So issue tu tak penah timbul. Memula tu memang
neves sebab kitaorang takde sedara yang stay nearby tapi excited at the same
time. Yang ada pun kawan-kawan je la. Maka bermula la episode: segalanya kita
harungi bersama (gittewwww. Eh! geli pulak aku rasa).
3. Tidak bekerja
Kawan-kawan aku ramai jugak yang kata
bestnyeeeee!!! Jelesnyeee!!! And macam-macam “nye” la. And of course ada juga
yang question pasal aku tak bekerja ni. Truth be told, the first month memang
heaven sebab rasa cam holiday (serius the best feeling evahhh). Masuk second
month aku dah mati kutu (amek kau). Maybe sebab dah biasa keje. Masa study dulu
pun macam keje gak jadual aku sebab determine punya pasal kan. So I talked to
nizam pasal ni and dia macam tak kisah sangat aku nak keje ke nak study lagi ke
sebab nya yang pasti as a husband dia memang kene provide itu ini segala. Tapi
dia tanya, aku rasa cukup tak dengan apa yang dia sediakan ni? Haaaa… jeng3x.
Aku diam. Aku rasa tu diam paling lama aku penah diam kot. Tapi mulut je la
diam, dalam kepala otak macam-macam aku pikir. To be honest aku memang rasa
cukup (kalau kata tak cukup tu taktau la sebab tak sampai sebulan kawen aku dah
naik 5kg). TAPI nak sampai rasa mewah tu takde la. Plus perasaan membeli-belah secara
membuta tuli tanpa memikirkan kesannya selepas tu memang tak dapat nak feel dah
(I dunno perasaan orang yang dah biasa shopping pakai duit orang lain tapi
untuk aku seriously aku rasa macam bersalah. If beli benda-benda asas tu idok
le rasa pape tapi bile beli benda-benda yang pada aku
ehhhh-this-iz-super-duper-necessary tapi lepas beli guna sekali je buat aku
rasa tak best). So a few days after kitaorang discuss balik pasal ni and came
out with a few solutions. And dalam pada tu Allah bagi rezeki lain which aku
pregnant so aku decide nak keje/study after semuanya dah settle nanti. Tak kisah
la nanti aku keje/study ke ape tapi people, doakan semuanya dipermudahkan ye :D.
Back to mati kutu aku tadi tu, memula
serius aku agak meroyan gak la sebab dudukkkk (read: sekadar membuat house
chores) je kat umah kan (salute giler kat mama). Tapi Alhamdulillah lelama aku
dah mula boleh terima yang takde sape pun paksa aku dok umah so apa motip kau
nak meroyan senanye ni kin?? Makanya aku busy kan diri ngan buat writing,
experiment lauk pauk (sebab aku tak reti masak so juadah harus la
berbeza-beza untuk saban masa dan hari demi memantopkan skill), follow nizam
outstation, learn new things and banyak lagi la kalau kau rajin nak pikir untuk
busykan diri tu. In other words, aku makin enjoy jadi fulltime housewife. Nizam
pun macam dah buncit sket. And that’s
make me happy gak la senanya even bila dia complain badan naik aku buat-buat je
muka concern tapi dalam hati cakap I masak sedap lettewwww (Bhahahahaha).