Aku suka lagu siti ngan hafiz nyanyi tu. yg tajuk dia muara hati. first time dengar lagu ni kat radio tapi cam biasa la aku ni bukan nye amek port sangat pasal nyanyi2 ni. ntah2 lagu tu dah ber-jeon tapi aku baru tau. siap semangat hafal chorus so that nanti senang nak google (demi cinta dalam hatimu~ ku yakin engkau untukku~). second time masa aku tengok cerita adam & hawa kat astro tu. aku rasa almost setiap minggu aku akan set pale otak nak tengok cerita tu tapi everytime aku tengok je tak penah nye sampai habis. maybe sebab aku bukan peminat kipas-susah-mati aaron aziz kot. aku tengok cerita tu pun sebab aku suka tengok muka heroin tu. cam comel je aku tengok especially part gap kat gigi dia tu. lagi satu sebab kenapa aku malas layan adalah kerana tu cerita bersiri. cerita style camni memang aku tak berkenan sebab aku tak suka bila aku dah excited sekali dia nak suspen kan aku pulak. kena tunggu esok tak pun minggu depan. pastu bila sekali aku tak dapat tengok mula la aku rasa tak best. dahhh tak pepasal cam ala-ala ade komitmen gitu (amboi! belum kawen dah sibuk nak terikat sana sini bagai). nah ni aku tepek lagu dia:
Start next week aku akan memulakan hidup sebagai nomad kembali. dak-dak opis tak habis2 kacau kata aku akan dapat jodoh kat sana ape la segala. hoi! ingat cari laki cam cari baju ke? aku cari baju pun cerewet, husband apetah lagi. ni bukan soal fefeling gorjes habes tapi memang kena memilih. so that bila dah kawen nanti takde la asyik2 nak kenapa aku jadi camni, apekah dosaku, nasib ku memang begini (aahhh! tu semua drama je) bersyukur la kau nak. betul kan diri dulu and insyaAllah kita akan dapat yang terbaik ---> ni aku tak ingat sape yang cakap tapi aku ada dengar kat satu slot ceramah ni la. same goes to yang pasal memilih. hari tu aku ada baca kat satu buku agama ni, ustaz tu cakap pompuan memang kena cerewet memilih sebab pompuan ni makmum. so kena la cari imam yang betul. lelaki tak payah nak memilih beriye2 sebab kalo kau yang imam tu dah betul, insyaAllah makmum akan ikut. pompuan kan ibarat tulang rusuk segala tu.
This week quite stress. and aku rasa aku nak period sebab sikit2 aku nak sebak. memang aku ni sedia sensitip orang nya tapi lately ni asyik2 nak sedih. haritu mama aku cakap pasal ape ntah aku dah lupa, kalo tak silap aku benda yang mama cakap tu tak memerlukan aku sebak pun. tapi time tu cam sebak sendiri so aku terus masuk bilik. pastu semalam kawan laki yang rapat ngan aku tu bagitau dia nak tunang next month and dia nak aku ada (owh no! dosa kacau tunang orang). tapi aku cam.... motip ko nak aku ada time tunang kau adalah??? kalo kawen atau kau tu pompuan aku boleh terima la. ni cam apehal nya. aku ke bakal tunang kau? haish. til this morning kepala otak aku still tak nampak correlation aku kena ada ngan majlis tunang kau.
U know what, satu benda aku tak suka is bila orang start fikir bukan2 pasal aku. ni of course semua orang pun tak suka kan. i stil dont get it when a friend of yours feels insecure bila dia tau kau single. i mean what the... kau nak pasan sangat aku nak kan boyfriend/tunang kau pe jadah nye? kalo nak ikut cakap tak pakai otak aku ni, nak je aku sound kata: nampak sangat aku lebih pada kau thats why u feel that way. tapi sebab pakai otak so aku prefer untuk diam even i feel SO sad sebab yang fikir camtu is my own friend. layak kah kau di panggil kawan?? (seriusly sometimes i wonder). im not that desperate sampai nak rembat orang punya. kalau la aku PERNAH suka sekali pun tak la sampai nak buat camtu sekali. pada aku biar la aku sedih sorang2 sebab crush aku pi minat kat orang lain sebab i believe i'll get someone yang MUCH better (confident kan aku ;p).
Esok one of my close friend kawen. lebih specifik---> nu nikah esok. aku ada bawak satu hantaran dia so pepagi aku dah kena gerak ke rumah dia since dia akad nikah pagi. aku tanak jadi penye-poil majlis orang cam time wedding pipi dulu sebab aku ada bawak satu hantaran tapi aku lambat. nasib baik pengantin laki belum sampai time tu (fuhh lega~).owh! tadi ada borak jap ngan kawan aku pasal wedding and dorang pelik kenapa aku suka sangat attend wedding tapi still takde pasangan. part takde pasangan tu jangan tanya sebab aku pun takde jawapan tapi part suka attend tu aku tau la apesal. aku suka sebab aku rasa happy, ceria, gumbira and blablabla.. even tu bukan majlis aku. it's like a smile on your face brings a smile to my heart gitu (aauuwww).
I miss my friends, i miss my lepak time, i miss my jalan2 takde hala tuju, i miss u (eh?), i miss rasa takde benda berat kepala otak perlu fikir, i miss blablabla... and yang pastinya im gonna miss my family bila aku dok jauh nanti (haish kikin! camne nak p blajaq overseas nanti ni).
Pssstt: baru tau ke~ ;p
