31 Jul 2012

Desir pasir di padang tandus

Aku taktau la either kat malaysia ni atau kat tempat perumahan aku je ke apa, asal puasa je bunyi mercun kemain lagi. yang tak boleh bla nye kita puasa sabtu 21hb kan, tapi bunyi mercun dah start masa first terawih lagi yang jumaat malam tu. dah la aku ni iman tak kuat mana, so time solat tu takde la sampai tahap bila kau tusuk besi kat kaki pun aku tak rasa pape. maka nya asyik la nak terkejut setiap kali budak2 ni main mercun. and semalam adalah malam ngantuk gila babss. maybe sebab aku makan ubat. dia punya nak tertutup la mata ni Allah je yang tau. punya la tak kusyuk aku ber-terawih sebab sambil tu memujuk hati: sabar ye kin, 8 rakaat je. pastu kita balik tido. takpun: dosa kau dah la banyak, amal tak seberapa plak tu. sabar, saBAR, SABAR.

Pastu kan aku dah beriye2 memujuk hati then ntah camne aku boleh lupa pulak ada tazkirah by ustaz-taktau-nama. lagi lambat la nak tunggu habis terawih camtu. ustaz ni orang arab tapi kawen ngan malaysian. orang nogori so tazkirah dia in BM tapi dialek nogori la. dalam pada aku ngantuk tu aku dengar la jugak: orghang laki ... blablabla.. buleh kawen ompek.. blablabla.. takdo salah kalo kawen laki orghang tapi roger dulu bini first.. blablabla... pastu aku tak dengar apa dah sbb aku rasa aku dah tertido kot. then masa nak tutup balik tirai tu (kat tempat aku ni bila tazkirah dorang selak tirai), aku ternampak abah ANDDD (jeng3x) tepi abah ada satu lelaki yang macam aku pernah jumpa. then terintai-intai la kejap aku kat situ pastu baru teringat mamat tu lelaki yang aku jumpa time aku kat gate surau tadi. pastu eh eh dengan tak semena-mena je cam ada satu semangat mareyy sampai rasa cam nak sambung buat 20 rakaat. tapi tu la nya, even setan takde tapi nafsu dalam diri tu tebal sangat so aku still maintain je buat 8 rakaat (haish!).

Owh tapi aku nak bagitau jugak kronologi camne aku boleh jumpa mamat tu kat gate surau: bulan puasa ni aku selalu p surau jalan kaki ngan mama and semalam mama jumpa kawan dia so tetibe je kelajuan kaki mama menurun. so aku malas la nak tunggu then jalan dulu. time aku kat gate surau tu tetibe hidung ni gatal la plak then aku garu2 pastu terus tutup hidung ngan telekung sebab ada bau mercun. tup-tup ntah dari celah bedah mana ntah mamat ni ada depan aku. mau nya tak tanjat gigirl aku time tu. tapi sebab half muka aku bertutup ngan telekung so mata aku je yang nampak terbeliak AND aku ala-ala terpana dalam dua tiga saat jap kat situ sebab dia hensem (ihiks!). tapi nya mamat ni terus je tunduk (background music: ayat-ayat cinta satu!). and bila dah camtu aku plak takkan la nak tercongok kat situ je kan. then dengan gaya paling ayu aku tunduk and jalan... jalan... dan jalan lagi.. pastu toleh belakang jap nak fefeling hindustan tapi harapan ku musnah sebab mamat ni dah takde. cett!



Balik tu aku tanya abah siapa lelaki yang kat sebelah tadi. abah aku cam biasa la layan camtu2 je sebab tau anak dia gatal. punya la excited aku tanya tapi abah just reply: anak didik sheikh tadi~ (siap ngan mata2 sekali) eleh. tu mesti tak yakin aku boleh dapat suami soleh lettew.
















Note: selamat ber-terawih semua :D