Actually aku nak buat entry pasal holidaysS tapi nanti2 la sebab aku takde gambar pun sekarang ni. owh sila notice aku type holidaysS (double S) sebab this year memang banyak gila aku ber-holiday. sampai rasa nak buat statement: owh penat nya saya ber-holiday. i need to go to work baybeh. owh owh owh! (3 kali sebab terlalu rindu ofis KONON )
i mish my work.. sob sob :(
Okay habis. sebenarnya aku nak cakap pasal kursus kawen. ni citer dah berbulan sudah tapi aku sibuk gak nak citer lepas aku baca satu article ni. nah kalo nak baca.
Seingat aku sepanjang 2 hari aku kat kursus kawen tu, sume speaker/ustaz/ustazah asyik dok cakap pasal kes penceraian. serius takut weh! walaupun aku pun taktau apa yang aku nak takut kan sebab aku boyfriend pun tadak tapi sebok nak kawen je lebih (tapi nak takut jugak). daahh tak pepasal aku paranoid sengsorang kat situ.
But seriusly, kalo ko dengar citer2 dorang pasal punca penceraian tu, cam tak masuk akal. cam lawak pun ada. benda kecik meow je like:
Kes 1: laki ko tak makan belacan, tapi ko makan. dah la makan, siap buat plak sambal belacan bagai for every meals. maka mengamuk la si laki tadi dek kerana ke-keciwa-an yang dia tanggung yang hanya selama dua tiga hari selepas kawen.
Kes 2: sebab laki ko tanak slow down kan kete time lampu oren kat traffik light. yang si bini ni plak emo lebih jerit2 dalam kete takut mati pastu tak pepasal bergaduh bedua sambil on the way p wedding pastu bercerai bagai.
Kes 3: sebab bila bercakap tanak pandang muka. pompuan ni kan sentap lebih, naluri ke-ibu-an yang sangat tinggi gitu (aauuww). dah kalo sila laki ni bila bercakap asyik la nak memandang ke depan, mau tak sentap bini ko kat sebelah. mula la dalam pale otak dia pikir: owww.... dulu kalau cakap je mesti nak pandang2 jeling2 kitew, skang ni tanak dah. ni mesti dah ada pompuan lain tak pun teringat kat ex-girlfriend lettew (sambil mata berkaca)
Haaa... benda kalo dengar cam bodoh2 je. dalam hati aku siap: hek eleh kecoh, tu pun nak bercerai. tapi cuba ko ingt balik zaman ko bercinta kin, ko pun sket2 nak sentap kan??? walhal benda takde pape pun. tapi sebab yang reply camtu boyfriend maka ko pun sanggup kepala tu nak pandang one side je kat cermin tu sepanjang perjalanan walaupun luar cermin tu takde pape pun. nak pulak kalo malam. gelap je. nak bagitau majuk la konon.
Tapi ni la cerita2 yang speaker tu citer. macam kes 1 tu bak kata speaker, mostly terjadi bila kita kawen orang negeri lain. contoh orang kelate kawen ngan nogori. of course la cara masakan tak sama. so as a wife, kena la blajar masak ikut tekak laki tu. pastu rotate la menu. and husband plak kena la tolerate and sabar. kena plak kalo dapat bini cam aku ni. dah la tak reti masak. pastu kalo masak kang asyik la nak hangus (ni pun satu aku musykil nape setiap kali aku menggoreng, asyik nak hangus. kalo tak hangus, dalam plak tak masak. okay abaikan dulu citer ko tu kin). ni plak nak try resepi baru. PLUS, tak pernah lagi ada dalam buku panduan mencari isteri yang dianjurkan Islam ialah----> pandai memasak (tak pernah okay. T.A.K. P.E.R.N.A.H) tapi isteri kena la blajar masak sebab air tangan ibu kan lagi bagus and nak pahala tak anak-anak sekaliannn? (NAKKKKKKKKK). kau ingat tu kin. usaha lagi!
Cam kes 2 tu plak jadi sebab pendam. kalo ikut kan kronologi citer dia memang panjang. tu kat atas tu aku dah make it short dah. bak kata speaker tu, brain lelaki dengan pompuan berfungsi tak sama. kalo laki ni dia punya pikir: aku kuar umah p wedding pakai apa pun bolehhh ---> drive ---> sampai majlis ---> makan ---> balik. tapi wife plak: sebelum kuar umah nak check pintu, tingkap, ...blablabla... angkat baju kat ampai kang hujan, ...blablabla..., plug iron tadi dah tutup ke belum eh? ...blablabla... okay laki aku kat luar dah, owh! baju aku tak match ngan tudung, nak p tukar sat, ...blablabla... adooii bangg! gas lupa check kang umah meletop ---> pastu naik kete nak tgk cermin muka dua tiga kali sebab takut make-up tebal sangat kang malu plak ---> elok sampai kat traffik light color oren, maka si wife ni pun sebok soh slow down tapi ko ingat laki ko nak slow la time2 dah lambat tunggu ko tadi tu?? harammm...
Kes 3 ni sebab nak perhatian. pompuan kan suka kalo laki dia balik2 keje pastu nanti eh, anje nampak lain la hari ni, oww..anje potong rambut ea.. patut makin cantik isteri abang ni (confirm! kembang je bini ko sebab ko notice dia potong rambut). tapi cuba ko tak pasan, confirm si bini ni tadi dok mundar-mandir depan ko sambil libas2 rambut nak bagi ko tegur. sama la cam kes kat atas tadi, kalo si laki tu cakap sambil pandang muka wife dia, kan bahagia dunia akhirat. aku tak la kata ko kene mengadap je muka bini, tapi pompuan kan memang suka laki dia bagi perhatian. yang si bini ni pun, kena la tengok keadaan, dah kalo laki ko balik keje penat, pastu ko pun dengan air nye kemana takat nak harap kan bibik je hantar, pastu sebok nak complain itu ini memang x kuasa la laki tu nak layan.
Overall, bak kata speaker tu hidup berumah tangga kena SABAR, TERIMA KEKURANGAN SEADANYA (dia highlight kekurangan je sebab kelebihan selalunya pasangan boleh terima. kalau boleh cintai la kekurangan pasangan mu. aauuww), PERBAIKI DIRI (contoh soal agama. sebab nak harap kan laki ajar bab2 fardhu ain kat isteri, maybe dia pun taktau. so same2 la p blajar). hhmm.. tu je la seingat aku. owh! perangai burok masa zaman boyfriend-girlfriend tak boleh di praktik kan lagi. macam sket2 nak sentap, nak ikut kepala sendiri, ego sume tu tak payah la. tapi kalo ko memang jenis sket2 nak peluk boyfriend/girlfriend, stop dulu. tunggu bila dah kawen pastu peluk la sampai bila2.
Note: sila p kursus kawen yang bertauliah
